Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Pendidikan Khas. Pekeliing Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2003.
Archive for the ‘featured’ Category
Semakan Keputusan Panggilan Temuduga Program KPLSPM Ambilan Julai 2009
Semakan panggilan temuduga program KPLSPM (Kursus Perguruan Lepasan SPM) ambilan julai 2009 sudah boleh dilakukan mulai hari ini.
Sila layari laman ini untuk semakan anda, sila pastikan anda memasukkan nombor kad pengenalan yang betul untuk tujuan semakan data .
Klik laman web ini >> http://apps.emoe.gov.my/kplspm/tdugapismp
Membantu anak-anak bermasalah Disleksia
Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :
- Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan diri anak
- Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya
Tumpuan
Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :
-Terapi pertuturan
-Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
-Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran)
-Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)
-Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf)
-Merasa pergerakan bibir
-Menulis huruf atau perkataan
Langkah-langkah pemulihan :
-Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur
-Pengulangan semasa mengajar (k-onsep ajar berlebihan)
-Gunakan video atau kaset untuk belajar
-Program pemulihan khusus :
Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia
p/s: sumber, blog cikgu Shukri.
Apakah ciri-ciri Disleksia?
Diperingkat pra sekolah mereka mungkin :
-Lambat bertutur
-Mengalami kesukaran sebutan atau rima
-Sukar menulis nama sendiri
-Sukar mengenal bentuk atau warna
-Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya
Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :
-Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira
-Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
-Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :
-membezakan 15 dengan 51
- “was” menjadi “saw”
- ‘b’ dengan ‘d’‘
- Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
- Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’
- Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
- Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah
Apa Itu Disleksia
Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku.
Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh.
Mempunyai keupayaan intelek yang normal dan telah mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi
Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi
Mereka mungkin mengalami kesukaran membaca, menulis ,memahami ,mengeja dan mengira.
Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia dan kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.
Syarat Kemasukan Sekolah Rendah Pendidikan Khas
Assalamualaukum dan selamat sejahtera. Pada entri kali ini, saya akan menerangkan serba sedikit mengenai syarat kemasukan pelajar pendidikan khas bagi sekolah rendah pendidikan khas.
Syarat Kemasukan Sekolah Rendah Pendidikan Khas
Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:
- berumur 6+ hingga 14+ tahun
- disahkan oleh pengamal perubatan
- dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain
Semua sekolah rendah pendidikan khas mengikuti aliran akademik. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan minum percuma. Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif.
