Saturday, September 4, 2010

Dunia Pendidikan Khas

Pendidikan Khas Malaysia Bersama Mohd Dan

Matlamat Pendidikan Khas

Ditulis Oleh Tn Hj Mohd Dan On November - 17 - 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada entri kali ini, saya akan memberitahu mengenai ‘Matlamat Pendidikan Khas’ diwujudkan di Malaysia. Setiap ada yang kita lakukan, mestilah mempunyai matlamat supaya kita mempunyai tujuan. Jadi, program pendidikan khas di Malaysia di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia juga menyenaraikan matlamatnya.

Matlamat Pendidikan Khas

  1. Menyuburkan keupayaan intelek, emosi, sosial dan jasmani kanak-kanak luar biasa
  2. Memperkembangkan kecekapan ekonomi yang asas supaya kanak-kanak khas menjadi pekerja berguna dalam masyarakat
  3. Mencegah sesuatu ketidakbolehan supaya tidak menjadi suatu kecacatan
  4. Mengubah sikap negatif terhadap pembelajaran dengan mengembang atau memulihkan perasaan yakin diri di kalangan kanak-kanak khas
  5. Mengeratkan kanak-kanak khas dengan masyarakat biasa supaya mereka dapat diterima oleh masyarakat

3 Responses

  1. MOHAMED MUNZIR Said,

    Assalamualaikum, saya seorang occupational therapist (terapis carakerja), memang merawat kanak- kanak bekerperluan khas dan istimewa ini. Saya berpendapat peranan bidang terapi carakerja perlu diperluaskan di sekolah- sekolah pendidikan khas juga. Bukanlah untuk merampas/ mengambil alih tugas guru pendidkan khas, tetapi bekerjasama sebagai kumpulan multi disiplin dalam merawat kanak- kanak bekerperluan khas di persekitaran sekolah sendiri. Untuk makluman, di luar negara, seperti di Amerika, di bawah undang- undang pendidikan IDEA, memang diwujudkan jawatan “school based occupational therapist”, sebagai ahli pasukan medikal/ sains kesihatan yang merawat kanak- kanak istimewa di sekolah.

    Posted on April 10th, 2009 at 1:49 pm

  2. Khoili Said,

    Saya setuju dengan pendapat En. Munzir. Semasa saya menjalani sesi praktikum. Aktiviti terapi cara kerja yang saya terapkan kebenyakkannya berkaitan dengan menulis, mencantum jigsaw, menampal dan menggunting dan segala macam yang berkaitan dengan fine motor skill. Tetapi saya kurang pasti dengan kaedah sebenar tentang terapi cara kerja memandangkan paper untuk kursus terapi yang saya ambil adalah secara general.

    Posted on September 7th, 2009 at 11:41 am

  3. Nor Hasnilinda Wahab Said,

    salam. saya guru Pendidikan Khas di salah sebuah sekolah di Ipoh dan saya juga menyambung pengajian saya dalam bidang p.khas di IPGM kampus Ipoh. Saya amat menyukai bidang saya kini kerana berdampingan dgn murid2 khas byk mengajar saya erti kesabaran dan sentiasa ingat pada kebesaran Allah. dan saya berhasrat untuk menyambung master dalam Kaunseling pendidikan khas setelah saya tamat KPLI KDC SR PK ini nanti pada nov 2011. saya mohon jasa baik pihak tuan untuk memberi pendapat, adakah saya berada di landasan yg betul kini? sekian terima kasih.

    Posted on April 18th, 2010 at 4:36 pm

Add A Comment

Video Pilihan

Keahlian

Pengenalan

Saya Mohd Dan Bin Yusof merupakan guru Pendidikan Khas di SMK Tengku Makmud Iskandar, Muar, Johor. Selain itu, saya juga ada menyediakan ruangan forum dimana ahli-ahli boleh bertukar pendapat dan cerita mengenai Pendidikan Khas masing-masing.Kami masih lagi didalam proses permulaan,jadi sebarang masalah mengenai laman web ini, sila info pengelola di mohddan@pendiidkankhas.com. Laman ini diselenggara sepenuhnya oleh Mohd Hilmi pelajar IPG Raja Melewar. Teruskan menyokong kami.