Assalamualaukum dan selamat sejahtera. Pada entri kali ini, saya akan menerangkan serba sedikit mengenai syarat kemasukan pelajar pendidikan khas bagi sekolah rendah pendidikan khas.
Syarat Kemasukan Sekolah Rendah Pendidikan Khas
Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:
- berumur 6+ hingga 14+ tahun
- disahkan oleh pengamal perubatan
- dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain
Semua sekolah rendah pendidikan khas mengikuti aliran akademik. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan minum percuma. Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif.
1 Response
di sekolah saya ada murid yg tidak boleh urus diri langsung. kami seumpama jagaan kanak-kanak harian yang terpaksa mengajar sambil menjaga kanak-kanak yg tidak mampu nak mengurus diri ini. ia bukan sahaja mengganggu p&p malah murid lain juga turut terganggu. ppm juga turut terlibat secara langsung menjaga kanak-kanak ini. apa pendapat tuan?
Posted on April 18th, 2010 at 4:57 pm
Add A Comment