Friday, July 30, 2010

Dunia Pendidikan Khas

Pendidikan Khas Malaysia Bersama Mohd Dan

Matlamat Pendidikan Khas

Posted by Tn Hj Mohd Dan On November - 17 - 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada entri kali ini, saya akan memberitahu mengenai ‘Matlamat Pendidikan Khas’ diwujudkan di Malaysia. Setiap ada yang kita lakukan, mestilah mempunyai matlamat supaya kita mempunyai tujuan. Jadi, program pendidikan khas di Malaysia di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia juga menyenaraikan matlamatnya.

Matlamat Pendidikan Khas

  1. Menyuburkan keupayaan intelek, emosi, sosial dan jasmani kanak-kanak luar biasa
  2. Memperkembangkan kecekapan ekonomi yang asas supaya kanak-kanak khas menjadi pekerja berguna dalam masyarakat
  3. Mencegah sesuatu ketidakbolehan supaya tidak menjadi suatu kecacatan
  4. Mengubah sikap negatif terhadap pembelajaran dengan mengembang atau memulihkan perasaan yakin diri di kalangan kanak-kanak khas
  5. Mengeratkan kanak-kanak khas dengan masyarakat biasa supaya mereka dapat diterima oleh masyarakat

Video Pilihan

Keahlian

Pengenalan

Saya Mohd Dan Bin Yusof merupakan guru Pendidikan Khas di SMK Tengku Makmud Iskandar, Muar, Johor. Selain itu, saya juga ada menyediakan ruangan forum dimana ahli-ahli boleh bertukar pendapat dan cerita mengenai Pendidikan Khas masing-masing.Kami masih lagi didalam proses permulaan,jadi sebarang masalah mengenai laman web ini, sila info pengelola di mohddan@pendiidkankhas.com. Laman ini diselenggara sepenuhnya oleh Mohd Hilmi pelajar IPG Raja Melewar. Teruskan menyokong kami.