Friday, July 30, 2010

Dunia Pendidikan Khas

Pendidikan Khas Malaysia Bersama Mohd Dan

Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Pendidikan Khas

Posted by Tn Hj Mohd Dan On May - 5 - 2010

Syarat Kemasukan Sekolah Rendah Pendidikan Khas

Posted by Tn Hj Mohd Dan On November - 17 - 2008

Assalamualaukum dan selamat sejahtera. Pada entri kali ini, saya akan menerangkan serba sedikit mengenai syarat kemasukan pelajar pendidikan khas bagi sekolah rendah pendidikan khas.

Syarat Kemasukan Sekolah Rendah Pendidikan Khas

Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:

  • berumur 6+ hingga 14+ tahun
  • disahkan oleh pengamal perubatan
  • dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain

Semua sekolah rendah pendidikan khas mengikuti aliran akademik. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan minum percuma. Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif.

Matlamat Pendidikan Khas

Posted by Tn Hj Mohd Dan On November - 17 - 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada entri kali ini, saya akan memberitahu mengenai ‘Matlamat Pendidikan Khas’ diwujudkan di Malaysia. Setiap ada yang kita lakukan, mestilah mempunyai matlamat supaya kita mempunyai tujuan. Jadi, program pendidikan khas di Malaysia di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia juga menyenaraikan matlamatnya.

Matlamat Pendidikan Khas

  1. Menyuburkan keupayaan intelek, emosi, sosial dan jasmani kanak-kanak luar biasa
  2. Memperkembangkan kecekapan ekonomi yang asas supaya kanak-kanak khas menjadi pekerja berguna dalam masyarakat
  3. Mencegah sesuatu ketidakbolehan supaya tidak menjadi suatu kecacatan
  4. Mengubah sikap negatif terhadap pembelajaran dengan mengembang atau memulihkan perasaan yakin diri di kalangan kanak-kanak khas
  5. Mengeratkan kanak-kanak khas dengan masyarakat biasa supaya mereka dapat diterima oleh masyarakat

Takrif Pendidikan Khas?

Posted by Tn Hj Mohd Dan On November - 17 - 2008

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apabila kita memperkatakan mengenai pendidikan khas, kita terlebih dahulu hendaklah mengetahui takrifnya terlebih dahulu. Mengenal takrifnya dapat membawa kita kepada pemikiran pendidikan khas secara asasnya.

Pendidikan khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui:

  1. Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan.
  2. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

Video Pilihan

Keahlian

Pengenalan

Saya Mohd Dan Bin Yusof merupakan guru Pendidikan Khas di SMK Tengku Makmud Iskandar, Muar, Johor. Selain itu, saya juga ada menyediakan ruangan forum dimana ahli-ahli boleh bertukar pendapat dan cerita mengenai Pendidikan Khas masing-masing.Kami masih lagi didalam proses permulaan,jadi sebarang masalah mengenai laman web ini, sila info pengelola di mohddan@pendiidkankhas.com. Laman ini diselenggara sepenuhnya oleh Mohd Hilmi pelajar IPG Raja Melewar. Teruskan menyokong kami.