MENU UTAMA
Home
Berita Terkini
Blog
Link Dengan Kami
Hubungi Kami
Search
Forum
News Feeds
Soalan Lazim
Laman Blog Rasmi
Struktur Organisasi Umum
Sokongan Khas
Sekolah Khas
Video PendidikanKhas
Administrator
Sekolah Khas Menengah
Sekolah Khas Kebangsaan
Masa Itu Emas
Cuaca Hari Ini
Rujukan Bersama

 

  PAUTAN BAHAN-BAHAN RUJUKAN PENDIDIKAN KHAS MALAYSIA

  PAUTAN BAHAN-BAHAN RUJUKAN (SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS MALAYSIA)

BAGI  SEKOLAH-SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS YANG MAHU  MELETAKKAN LINK URL  DI LAMAN WEB INI, HENDAKLAH  MENGHUBUNGI  TUAN HJ MOHD DAN B YUSOF DI TALIAN 0197267896
Newsflash
PENGUMUMAN PENTING BUAT WARGA PENDIDIKAN KHAS DOT COM
 
  • Mulai pada hari ini (18 Oktober 2007), pihak Pendidikan Khas Dot Com hanya akan menerima/menjawab soalan mengenai pendidikan khas hanya melalui platform Forum Pendidikan Khas di sini (www.pendidikankhas.com/forum)
  • Di harap, kepada sesiapa yang telah menghantar solan sejak bulan September hingga awal Oktober melalui email saya di This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it di harap anda dapat post-kan semula solan anda di ruangan forum kami.






p/s: Layari Forum kami di www.pendidikankhas.com/forum Cool
 
Syarat Kemasukan Pendidikan Khas PDF Print E-mail
User Rating: / 2
PoorBest 
Written by Tuan Hj Mohd Dan Bin Yusof   
Sunday, 29 July 2007
Takrif Sekolah Khas

Pendidikan khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui:

  • Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.
  • Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.
  • Di antara program yang ditawarkan ialah:

    Prasekolah

    Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas ialah:

  • berumur 6+ hingga 14+ tahun
  • disahkan oleh pengamal perubatan
  • dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
  • Pelajaran Rendah
    Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:

  • berumur 6+ hingga 14+ tahun
  • disahkan oleh pengamal perubatan
  • dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain
  • Semua sekolah rendah pendidikan khas mengikuti aliran akademik. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan minum percuma. Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif.

    Pelajaran Menengah
    Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:

  • Berumur 13+ hingga 19+ tahun
  • disahkan oleh pengamal perubatan
  • dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain
  • Pelajaran menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu akademik dan vokasional.

    Pendidikan Teknik dan Vokasional

    i) Sekolah Khas
    Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang menawarkan elektif mata pelajaran vokasional (MPV) manakala Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia.

    ii) Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pendengaran
    Sekolah Menengah Vokasional (EAT) Azizah, Johor Baru
    Sekolah Menengah Teknik Langkawi, Kedah
    Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor
    Sekolah Menengah Vokasional Bagan Serai, Perak
    Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan
    Sekolah Menengah Vokasional Keningau, Sabah

    Tempoh Pengajian

  • Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah enam (6) tahun.
  • Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah lima (5) tahun.
  • Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat iaitu sarna ada rendah atau menengah mengikut keperluan murid berkenaan.
  •  
     
    Maklumat Lanjut :
    Jabatan Pendidikan Khas
    Kementerian Pelajaran Malaysia

    p/s: Sumber dari Kemeteran Pelajaran Malaysia Bahagian Pendidikan Khas

    Last Updated ( Saturday, 03 May 2008 )
     
    < Prev
    Advertisement
    Pelawat Aktif
    Pautan Web
    50 tahun kemeerdekaan

     

    emoe

    hilmi



      
      
      
     



    Ruangan Iklan
    -RUANGAN IKLAN-
    IKLAN DI SINI CUMA RM10 SEBULAN
     Khasiat Susu Alpha Lipid
     
     
     Seitenanfang